Friday, November 12, 2010

KEM LENCANA KEPANDAIAN PENGAKAP MUDA

Tarikh : 3 - 5 Disember 2010
Tempat : Wisma Pandu Puteri
Bayaran : RM15.00 seorang

Sunday, September 26, 2010

KEM KETUA PATROL PENGAKAP MUDA 2010

Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan program ini mengikut ketentuanberikut :-



TARIKH : 22 - 24 OKTOBER 2010

TEMPAT : KEM KOTA, LAYANG-LAYANG KIRI,BOTA

WANG PENYERTAAN : RM15.00 SEORANG

SYARAT KELAYAKAN : PELAJAR TINGKATAN 2 KE ATAS



Persekutuan Pengakap Negeri Perak memerlukan nama-nama peserta bagi urusan pengeluaran surat panggilan seperti mana yang diarahkan olehJabatan Pelajaran Perak. Sehubungan itu, pemimpin pengakap sekolah yang berkenaan perlu menghantar senarai nama peserta, no. kad pengenalan dan nama sekolah kepada ADC Muda melalui email ke alamat mildazai@yahoo.com selewat-lewatnya pada 28 September 2010.

Tuesday, May 25, 2010

MAKLUMAN PERKHEMAHAN

Disebabkan pada 4 Jun 2010(Jumaat), peperiksaan selaras sekolah menengah masih lagi berlangsung, para peserta boleh melapor diri mengikut ketentuan berikut :

Peserta Lencana Jaya : 3.00 petang

Peserta Ahli Berkhemah dan Juru Masak : Selepas sesi persekolahan

Harap maklum.

Tuesday, May 18, 2010

PERKHEMAHAN LENCANA JAYA / AHLI BERKHEMAH

PERKHEMAHAN LENCANA JAYA / LENCANA AHLI BERKHEMAH

BUTIRAN PERKHEMAHAN:

TARIKH : 4 HINGGA 6 JUN 2010 (JUMAAT HINGGA AHAD)
TEMPAT : CARAVAN PARK, TAMAN TASIK, TAIPING
PENDAFTARAN : 8.30 PAGI (4/6/2010)

KEPERLUAN UJIAN
  • Satu kumpulan tidak melebihi 8 orang
  • Membina sekurang-kurangnya 12 gajet penting dengan saiz yang sesuai dengan bilangan ahli dalam kumpulan, termasuk pintu gerbang.
  • Kain andoh / kayu tuap
  • Alatulis selengkapnya.

Monday, May 17, 2010

PEMBERITAHUAN DAN TINDAKAN

MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK LENCANA TUKANG MASAK


Kumpulan (8-10 orang ) dikehendakki membawa seekor ayam (Jangan dipotong)
untuk ujian memotong ayam (TM4)

Harap maklum